Thursday 31 May 2012

Unsur Terapi

Terapi dalam Pendidikan Khas
         
a)           Terapi pertuturan
·                     kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
·                     membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
·                     melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
·                     antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
-        meniup belon
-        meniup kertas di atas air.
-        mengetap bibir ; dan sebagainya.

b)      Terapi Fizikal (fisioterapi)
·                     memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
c)        Terapi Carakerja
·                     merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
d)          Terapi muzik
·                     bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
·                     terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
·                     aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
·                     murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

0 comments:

Post a Comment