Thursday 31 May 2012

Unsur Terapi

Terapi dalam Pendidikan Khas
         
a)           Terapi pertuturan
·                     kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
·                     membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
·                     melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
·                     antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
-        meniup belon
-        meniup kertas di atas air.
-        mengetap bibir ; dan sebagainya.

b)      Terapi Fizikal (fisioterapi)
·                     memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
c)        Terapi Carakerja
·                     merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
d)          Terapi muzik
·                     bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
·                     terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
·                     aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
·                     murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

Terapi

TERAPI FIZIKAL
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. 
Memberi Pengaruh Yang Besar Terhadap Kehidupan Murid Pendidikan Khas. Ia Bertujuan Untuk Membantu Murid-Murid Yang Mempunyai Masalah Kawalan Motor.
Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
·                     Mengurut
·                     Manipulasi
·                     Latihan Teraputik
·                     Penyejukan Dan Pemanasan
·                     Terapi Hidro
·                     Rangsangan Menggunakan Elektrik
·                     Rangsangan Menggunakan Cahaya
Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
 Aktiviti fisio terapi
    Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.
    Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :
·                         Latihan Berpusatkan Motor Halus
-          Memotong
-          Menggunting
-          Mencabut
-     Meramas
-     Menguli
-     Merenyuk
-     Mencubit
-     Memicit
·                     Latihan Yang Berpusatkan Psikomotor Kasar
·                      Membaling
-     Menolak
-     Memukul
-     Melambung
-     Menyambut
·                     Latihan Imbangan
-     Berdiri Dengan Sebelah Kaki
-     Membawa Buku Di Atas Kepala
-     Berdiri Di Atas Kerus
.      Latihan Koordinasi
.     Memasukkan Jarum Ke Dalam Lubang Manic
- Melambung Dan Menyambut Bola Berbagai Saiz



TERAPI PERTUTURAN
 Terapi pertuturan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.



    Kepentingan terapi pertuturan
·                      melatih murid menguasai kemahiran tertentu
·                      membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
·                      meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu
·                      meningkatkan tahap keupayaan murid.


·     Dilakukan kepada
-          Kanak-kanak lewat pertuturan
-          Bibir atau lelangit sumbing
-          Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus
-          Gagap atau sengau
-          Pesakit Strok



·     Punca masalah
-          Masalah pendengaran
-          Lewat perkembangan
-          Otot lisan lemah
-          Kecacatan masa lahir
-          Masalah pernafasan
-          Kecederaan otak
-          Masalah dalam proses penelan makanan
·      Strategi pemulihan
-          Aktiviti intervensi bahasa
-          Terapi artikulasi
-          Terapi motor lisan

·     Aktiviti yang dicadangkan:
·                         Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan
·                         Membunyikan vokal dengan panjang
·                         Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)
·                         Meniup belon
·                         Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air

menggerakkan lidah

membunyikan vokal panjang

mengunyah

meniup belon

menguap

meniup bola pingpong dalam air

Tuesday 29 May 2012

PENDIDIKAN KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN



أهلا وسهلا ومرحبابكم ...

MEMOTONG KUKU  
FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam). 
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.  
Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini. 
1.           Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku  
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." 
(Hadis riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. 
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan. 
2.           Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku 
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. 
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. 
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking. 
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. 
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta. 
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta. 
3.           Waktu Memotong Kuku 
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
 "Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." 
(Hadis riwayat Muslim) Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at. 
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya : 
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya." 
(Hadis riwayat Ahmad) Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."