Terapi dalam Pendidikan Khas
a) Terapi pertuturan
· kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
· membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
· melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
· antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
- meniup belon
- meniup kertas di atas air.
- mengetap bibir ; dan sebagainya.
b) Terapi Fizikal (fisioterapi)
· memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
c) Terapi Carakerja
· merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
d) Terapi muzik
· bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
· terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
· aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
· murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.